Saturday, October 24, 2020

APA YANG KITA BUAT?

Hanya berkata *“Sanggup berjuang kerana Agama, Bangsa dan Tanahair*.
*Tapi apa yang kita buat?*
Bersangka buruk tak habis-habis terhadap orang ikhlas berjuang!!!
Kononnya bercerita pasal sayangkan Islam, bangsa dan Tanah Air...
*Tapi apa yang kita buat?*
Kita sendiri tidak bergerak sebagai seorang pejuang dan hanya pandai bercakap!!! Hanya bersimpati terhadap Islam.
*Jangan kita jadi munafiq*.
Kononnya bercerita pasal Menegakkan Islam...
*Tapi apa yang kita buat?*
Kita sendiri tidak Islam. Aqidah, Iman, Mahmudah, Taqwa entah kemana. Malah mencerca orang yg ikhlas berada diatas jalanNYA.
Kononnya bercerita Pasal Bai'ah..
*Tapi apa yang kita buat?*
Kita sendiri melanggar sumpah Bai'ah.
Lafaz *"WALLAHI, WABILLAHI, WATOLLAHI",*
Berjanji dengan ALLAH utk menjaga kesucian Agama ALLAH, Bangsa dan Tanah Air.
*Tapi kenapa masih mengabaikannya?*
Baik jangan cerita pasal tu...
Apa yang kita kata hanyalah palsu belaka...
Kitalah sebenarnya musuh kepada Islam, Bangsa dan Tanah Air kita sendiri. Atau lebih tepat dikatakan.. kita adalah...
*"MUNAFIQ".*
# JIKA BEGINI SIKAP BANGSA MELAYU...
MELAYU AKAN TERUS LAYU!!!
KITA SENDIRI YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI.
*Siapa lagi harus bertindak kalau bukan kita!!! *
-Paduka AC-

No comments:

APA YANG KITA BUAT? Hanya berkata *“Sanggup berjuang kerana Agama, Bangsa dan Tanahair*. *Tapi apa yang kita buat?* Bersangka buruk tak hab...